Bismillahirrahmanirrahim
Terasa kosong pula sejak sekian lama tidak menulis sesuatu di dalam blog. Mungkin kerana kesibukan yang dialami menyelesaikan urusan-urusan yag masih tertunggak. Semalam, saya baru sahaja selesai membuat medical check up bagi mendapatkan Visa. Sepanjang minggu ini hampir 60% masa saya terpaksa keluar berjumpa dengan pihak-pihak tertentu. Jumpa pihak penaja, jumpa JMCC, Kedutaan Australia, etc. Kasihan kepada ibu yang tidak jemu menemani saya walau ke mana sahaja saya pergi. Insyaallah, semoga pengorbanan ini berbaloi. Menurut ibu, kesulitan yang saya alami minggu ini merupakan sebahagian daripada ujian, masih banyak lagi ujian yang lebih mencabar menanti.
Setelah selesai mendapat COE (Confirmation Of Enrolment) daripada pihak universiti, kini tiba pula masanya untuk memilih subjek. Pilihan subjek dibuat secara online dan setiap pelajar diberi kebebasan untuk menyusun jadual mereka sendiri. Pilihan subjek dibuat awal sebelum hari pendaftaran untuk memberikan kemudahan kepada pelajar, khususnya membuat kajian terhadap subjek yang mereka minati.
Di UNSW, semua pelajar engineering tahun 1 WAJIB mengambil 8 subjek sepanjang tempoh pengajian. 5 subjek teras (core subject), manakaa 3 subjek elektif (elective subject). Melihat kepada senarai subjek yang ditawarkan, rambang mata saya dibuatnya. Pemilihan subjek dan penyusunan jadual kelas merupakan sebahagian daripada proses pendaftaran di UNSW. Ini berbeza dengan sistem yang saya alami di UTP satu ketika dahulu yang mana pemilihan subjek dan kelas dibuat setelah seminggu hari pendaftaran di UTP. Di UNSW, pemilihan subjek dibuat sebelum kelas bermula, malah sebelum saya menjejakkan kaki di bumi down under!
Setelah berfikir dan berbincang bersama kawan dan keluarga, berikut merupakan subjek pilihan saya :
Core Subjects:
1. MATH1131 – Mathematics 1A
2. MATH1231- Mathematics 1B
3. PHY1131 – Fundamental Physics 1A
4. COMP1911 – Computing 1
5. ENGG1000*MMAN – Engineering Innovation and Design
Elective Subjects:
1. MATS1101 – Engineering Materials and Chemistry
2. MMAN1300 – Engineering Mechanics
3. MMAN1130 – Engineering Design for Manufacturing.
Selesai sudah memilih subjek, kini tiba masanya untuk menyusun jadual kelas. Penjadualan mesti dibuat dengan cermat supaya tidak clash dengan waktu solat. Walau apapun yang kita lakukan, syiar itu perlu didahulukan. Keutamaan sebagai seorang muslim perlu diutamakan selagi mana saya terdaya untuk mendahulukannya.
Ya Allah, semoga pilihanku ini yang terbaik untuk agamaku, kehidupanku di dunia, dan kehidupanku di akhirnya…







Salam…
Afiq gud luck masa fly nanti…ak x de kredit ler nk balas msg ko…
Mungkin masa ko baca komen aku nie ko dah ader kat aussie…
Anyway kiter tetap sahabat, ingatlah kate 2 glam ko2 apebile pandang kepada bulan ingatlah kite akan pandai pada bulan yang same…
Bile pandai matahari ingatlah bahawa matahari ader sinaran uv yang sangat kuat dan boleh membutakan mata…hahaaha
Jgn lupe kan aku bile ko dh jadi org besar kat uem…..
ok all da best….