Bismillahirrahmanirrahim
Hampir dua bulan rasanya blog ini tidak di update. Mungkin kerana kekangan masa,kesibukan menguruskan persiapan ke university, tiada idea yang gempak-gempak, serta perasaan malas yang sering menyuntik diri. Kadang-kadang, pernah juga minda kecil ini berkata begini apabila memikirkan graf konsistensiku yang mula merundum. Seakan-akan graf invert positif exponent ..(anda fahamkah???):
“masa mula-mula buat blog dulu, bukan main semangat lagi aku…sekarang ini, kenapa aku rasa susah? Macam berat sahaja tangan ini untuk menaip, serta sempit sungguh pemikiran untuk mencurahkan ‘sesuatu’ yang boleh dijadikan manfaat kepada mereka yang membaca. Walaupun sekadar satu ayat, walaupun perlu untuk mengulangi perkara yang lazim dilakukan…bukankah manusia itu pelupa sifatnya? Perlunya selalu kepada peringatan”
Baiklah, sebagai permulaan kepada sebuah permulaan yang baru. Mungkin saya boleh kongsikan sedikit pengalaman selama hampir 5 hari saya berada di Sydney. Sebuah keadaan yang lazim dilihat disini, tetapi jarang sekali untuk dilihat di Malaysia. Benarlah kata pepatah, jauh perjalanan, luas pengalaman, dalam pengetahuan…
Lazimnya di Sydney, pejalan kaki (pedestrian) akan diberikan keutamaan yang utama di jalan raya. Semasa melintas, jarang sekali saya melihat kereta membunyikan hon kepada pejalan kaki menyuruh mereka bergerak pantas. Jauh sekali bezanya jika hendak dibandingkan di Malaysia. Saya masih ingat pada hari pertama saya di Sydney. Saya, ayah, serta seorang sahabat ingin melintas jalan dan kami menunggu lampu isyarat bagi pejalan kaki menjadi hijau (tandanya dibenarkan melintas). Semasa melintas, saya dan ayah berlari-lari anak bagi mengelakkan lampu isyarat pejalan kaki bertukar menjadi merah, yang mana kenderaan akan mula bergerak dan mungkin membunyikan hon kepada anda sekiranya anda lambat sebagaimana yang selalu terjadi di Malaysia. Tetapi lain pula ceritanya di sini. Mereka akan menunggu sehingga semua pejalan kaki melintas walaupun pada masa itu, lampu isyarat untuk pejalan kaki sudahpun bertukar merah. Tidak perlu tergesa-gesa semasa melintas. Para pemandu amat sudi menunggu anda.
Pemakaian tali pinggang keledar menjadi satu kewajipan kepada semua penunggang. Bagi mereka yang berbasikal, topi keledar WAJIB dipakai. Sekiranya tidak, saman akan dikenakan walaupun kepada kanak2. Selama saya berada di Sydney, even di tengah-tengah Bandar, amat SUKAR sekali untuk melihat penunggang motosikal. Jika ada, satu dua yang menunggang motosikal berkuasa tinggi. Tiada langsung mat rempit kelihatan. Mungkin faktor-faktor ini menjadikan kadar kemalangan di Sydney, terutama di kawasan kediaman saya (Randwick) amat rendah.
Penguatkuasaan sistem undang-undang yang tegas dan efisyen telah menjadikan kehidupan ‘jalan raya’ di Sydney menjadi selamat. Sungguhpun tidak dapat dinafikan kadang-kadang berlaku juga kemalangan. Tetapi itu jarang sekali terjadi. Pemikiran yang mantap, perlu disusuli dengan tindakan yang tegas dan menyeluruh, baru hasil yang terbaik dapat dijana. Sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh kerajaan Australia dalam system jalan raya mereka. Seandainya salah satu daripada ciri-ciri ini tiada, kita ibarat tin kosong yang hanya mengeluarkan bunyi bising apabila diketuk, tapi tiada isi yang bermanfaat. Hanya tahu bermesyuarat dan membuat kertas kerja tetapi tiada tindakan.Begitulah saranan islam, yang mana setiap usaha yang dilakukan perlu kepada kesungguhan, serta ilmu yang bermanfaat. Australia telah mereleasasikan saranan itu dengan tindakan tegas daripada pihak kerajaan mereka, saya kira Malaysia yang majoritinya penganut beragama Islam , dan kerajaannya juga yang diperintah oleh orang islam, sudah tentu sedar akan perkara ini bukan? Seharusnya tiada masalah untuk kita menggarap saranan yang diajarkan oleh Islam. Sirah nabawi telah membuktikan kepada kita sewaktu pembukaan kota mekah. Pokok pangkalnya, sesuatu usaha yang bersungguh-sungguh, berterusan, dan berlandaskan ajaran islam, bukan sekadar dapat menyelamatkan nyawa mahupun member manfaat kepada semua, tetapi ianya juga bakal mendapat barakah daripada Allah.
“Berilah Kemudahan, jangan menyusahkan…berilah khabar gembira, dan jangan menyebabkan seseorang menjadi jauh..” hadith no 1131, hadith riwayat Bukhari dan Muslim, dari Anas bin Malik. Kitab rujukan Al-Lu’lu wa al-Marjan.
suasana di tengah-tengah kota sydney
Bergambar di hadapan The Globe. Antara landmark yang famous di Universiti









Selamat menempuh alam baru di bumi orang. Make the most of your time while you are there, academically and as a person. Sorry for not being able to bid farewell to you last time. Do keep in touch. idrus@kyuem.edu.my