Bismillahirrahmanirrahim
Hari ini, kembara australia saya diteruskan kembali dengan melawat ke pusat hidupan liar, Featherdale Wild Life Park yang terletak di Blacktown, New South Wales. Setelah solat zohor di Malaysian Hall, kami bertiga bergerak ke Railway Station di Central. Mujurlah semalam sudah membeli pas Travel Ten. Sekurang-kurangnya tidak perlu membawa syiling yang banyak membayar tambang bas.
Tiket berharga AUD$6.80 pergi balik. Perjalanan memakan masa hampir 45 minit. Sempat lagi kami membeli set makanan tengah hari di kedai Lebanon Ali Baba untuk di makan di dalam kereta api. Sepanjang perjalanan, antara senario yang sering dilihat adalah GRAFFITTI. Banyak sekali corak-corak pelangi dan idea2 yang diilustrasikan di sepanjang dinding bangunan. Samada graffiti tersebut merupakan sebahagian daripada landscape, Wallahua’lam.
Setibanya di Blacktown station, kami menaiki bas menuju ke Featherdale WIld Life Park. Satu-satunya pusat penjagaan hidupan liar yang membenarkan para pengungjung untuk lebih dekat dengan haiwan2 liar. Tiket bayaran agak mahal. Student price, AUD$16.
Terasa seronok pula melihat haiwan2 yang selama ini hanya mampu dilihat di kaca TV sahaja. Bahkan lebih daripada itu, boleh menyentuhnya juga. Anuar dan Azizi juga kelihatan begitu teruja. Lebih-lebih lagi, sukar untuk melihat kangaroo dan koala bear di Bumi Ireland menurut Azizi.
Hampir 2 jam kami berada di sana, seterusnya kami bergerak ke Auburn. Sebuah pekan yang majoritinya penduduk turki. Semasa hendak menunaikan solat maghrib, kami terkandas di station Blacktown. Alhamdulillah, inilah masanya ilmu islam itu dipraktikkan. Semua tempat yang suci dan bersih boleh dijadikan tempat untuk bersolat. Menyedari kepentingan wajibnya solat, kami berjemaah di tepi kaki lima Stesyen Keretapi Blacktown untuk menunaikan solat maghrib. Untuk solat asar, kami bersolat di Zoo. Di sebelah sangkar burung dan wallabies..=)
Di Auburn terdapat sebuah masjid yang dibina oleh komuniti Turki. Masjid Galapoli. Antara masjid yang terbesar di Sydney. menurut anuar, Galapoli mempunyai maknanya yang tersendiri dan dikatakan agak sensitif di kalangan penduduk Oz. Kerana pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud, telah terjadinya perang antara pihak tentera OZ dan Nz dengan tentera turki yang mana telah menyaksikan kekalahan teruk tentera Australia dan Turki.
Makan malam kami di The Star Restaurant di Auburn. Restoran halal yang sangat famous dengan masakan kebab, pizza dan pide. Kami memesan chicken pide. Sangat banyak, tak terhabis kami dibuatnya. Akhirnya kami membuat keputusan untuk makan lebihan pide bersama ice cream di tepi Cooge Beach pada malam itu.
Sesungguhnya kembara kami pada hari ini sangat meletihkan dan menyeronokkan. Bayangkan, hampir 9 jam lamanya kami keluar. Mujurlah waktu ini winter, jadi tidak berpeluh sangat. Hari isnin ini, kelasku bakal bermula. Cukup rasanya berjalan-jalan buat masa ini. Insyaallah, semoga 4 tahun saya berada di bumi Oz ini bakal menjadikan sebuah sejarah yng bisa mengubah diri menjadi seorang yang lebih bermanfaat kepada masyarakat.
DI hadapan restoran Ali Baba di city centre







