Bismillahirrahmanirrahim
Selang beberapa hari yang lalu, rombongan dari Melbourne datang menziarah. Subhanallah! Sangat gembira rasanya..masakan tidak, setelah beberapa bulan terpisah, akhirnya berjumpa kembali dengan kenalan-kenalan seangkatan semasa di KYUEM dahulu, tidak lupa juga dengan beberapa orang kenalan baru..melahirkan rasa kasih dan sayang, saat ukhuwah mula berputik, saat jalinan bertambah erat.
kota metropolitan sydney. Gambar diambil dari Opera House
Selaku tuan rumah a.k.a ‘taiko sydney’, sudah tentu saya mahu memberikan service yang terbaik buat tetamu yang datang dari jauh, nun di negeri Victoria. 12 jam perjalanan menaiki bas. Banyak sekali tempat yang menarik yang dikunjungi, dan antara tempat yang tidak mungkin dapat saya lupakan adalah semasa di Fish Market Sydney.
Asalnya, idea untuk melawat Fish Market timbul daripada Fathiyah..mungkin kerana beliau mendengar berita daripada rakan2 muslimatnya di Sydney. Sejak hari pertama lagi, bibit2 ‘jom pergi Fish Market’ mula kedengaran..=) Setelah merancang, kami bersepakat untuk melawat Fish Market Sydney pada hari Ahad untuk bersarapan. Subhanallah, sungguhpun cuaca agak mendung dan gloomy, ianya sama sekali tidak menghalang kami dari berpatah balik daripada apa yang telah dirancang dan disepakati melalui syura…
Banyak sekali makanan seafood yang dijual. Semuanya fresh2 belaka. Pengunjung boleh memilih samada untuk membeli ikan/sotong/oyster/lobster/calamari mentah, kemudian dimasak mengikut citarasa yang dikehendaki, ataupun pilih sahaja menu yang telah tersedia. Bagi menjimatkan masa, kami memilih menu yang tersedia.
Bersama Zaim di Circular Quay
Zaim, Nurman, meor, serta Anuar memillih set makanan untuk 4 orang. Mix Platter. Ustaz Hasnizul serta isteri, Kak Fillah pula memilih set makanan untuk dua orang. Tidak ketinggalan Awin serta Fathiyah. Memandangkan mereka memilih set makanan yang hampir sama, kecuali team ustaz hasnizul dan kak fillah kerana menu mereka ada oyster..saya cuba untuk membuat kelainan serta membeli seekor lobster untuk dikongsi bersama.
Licin~ nie la set makanan team muslimin
Apa yang menariknya, makanan yang dihidangkan AMATLAH banyak. Tidak disangka-sangka begini banyaknya makanan yang dihidangkan. Sotong, Udang, Ikan, Tiram, lobster, calamari, siput, dll..semuanya ada..cuma siput sedut sahaja yang tiada..(sabo ye anuar, balik msia nant boleh makan lagi kan..)
Licin gak~ team muslimat serta keluarga Ustaz Hasnizul
Alhamdulillah, setelah hampir sejam setengah berhempas pulas, akhirnya habis juga makanan kami. Masing-masing kekenyangan. Tiba-tiba terkenangkan keluarga di kampung. Ingin rasanya mengajak mereka makan bersama, ditambah dngan gelak tawa dan gurau senda adik beradi yang sememangnya rapat. Celoteh ibu dan ayah yang sentiasa menghidupkan suasana..dalam keadaan yang suram, perasaan hiba mula menyucuk diri. Masya-Allah! Aku perlu kuat, aku perlu sentiasa tenang…Allah ada bersama-sama mereka. Dalam kehibaan kerna terkenangkan keluarga, ukhuwah yang terjalin antara sahabat-sahabat seprjuangan menjadi penawar duka..menghadirkan harapan..menyalakan sinar semangat dan kesanggupan..meneruskan perjuangan yang belum selesai..menghadiahkan kegembiraan dan kejayaan buat keluarga yang tersayang..
Teringat kata-kata Noman sewaktu kami berjaya menghabiskan set makanan yang ditempah :
“Inilah maksud KERJA SAMA…makan ramai2, tiada pembaziran, akhirnya masing-masing gembira sebab dapat capai matlamat bersama..”
Reunion ex-KYUEM OZ batch 8 & 9
Kata-kata yang mudah dan slumber. Tapi bagiku, mempunyai maksud yang amat mendalam khususnya bila kita kaitkan dengan usaha dakwah walau dimana sahaja kita berada. Apa jua yang kita lakukan, seandainya ianya dilakukan BERSAMA, diiringi dengan MATLAMAT yang JELAS dan SELARI antara AHLI, walau sebesar atau sesusah manapun tugasan, ianya pasti akan menjadi mudah..serta menghasilkan kesan yang bermanfaat…
UEM Scholars : We Build Your Tomorrow…
“Sepakat membawa berkat, asas hidup bermasyarakat, amalkan hidup yang sihat, selamat dunia akhirat…”
p/s : “rasa2nya lepas nie dah jadi fobia dah nak makan seafood lagi. Tunggu dekat seminggu kot baru boleh telan seafood balik..” – kata-kata yang dipetik daripada xxxxxx, melbourne..=)
Wallahua’lam













salam
amboi2! dah update dah! best2! tak perasan plak last photo tue bebudak uem…haha! =) neway gud luc Afiq! Allah swt rahmati!
Salam Sheikh..
wah2.. dah update blog nampak..
best2..
pergh..bleh buat reunion tuh kat OZ..
Sydney n Melbourne brpe jauh eh?
ko plak bile nak datang Melbourne?..hehe
Nak ucapkan jazakAllahu khayran, sebab Afiq sudi bawa kami semua berpusing merangkap bertawaf satu bandar Sydney. Dan juga kerana sudi memberi sedeqah amal jariah berbentuk aiskrim semangkuk besar.
P.S: Hmm. Fobia ke? Empat hari lepas tu, makan ikan. Dua jenis ikan pulak tu. Kak Iqa, Abang Bad dan Tok yang menjamu
bila masa aku quote ayat tu pun aku tak tau la..
anyhow, thanks for the hospitality thru out..
haha, ade la noman..2 la ko..ak cepat jek tangkap ayat ko tau x..huhu =)
same2..thanks gak kat rakan2 melbourne sebab sudi melawat kami di sydney nie..