Bismillahirrahmanirrahim.
Hampir sebulan berlalu sejak bermulanya musim peperiksaan di University of New South Wales.
Jarak hari yang agak jauh antara satu paper ke paper yang lain membuatkanku ternanti-nanti ketibaanya.
Sungguh penantian itu satu penyeksaan, namun andai penantian itu diisi dengan bermanfaat, pastinya akan membuahkan hasil yang melegakan.
Engineering Mathematics, Thermodynamics, Alhamdulillah..kesemuanya sudah berjaya dilalui dengan sebaiknya. Hanya tinggal satu exam sahaja lagi – Dynamics pada hari Jumaat ini sebelum aku merasai nikmat cuti semester musim sejuk..(takut sebenarnya nak jalan-jalan memandangkan swine flu yang bersifat “pandemic”).
Satu sahaja lagi..
Semoga dicekalkan hati ini ya Allah..dilimpahkan hikmah dan dipermudahkan urusan..
Menjadi orang terakhir yang menduduki exam memang memberikan tekanan dikala rakan2 sudah selesai dengan ujian yang menggerunkan..pastinya terjejas sedikit konsentrasi andai hati ini tidak kuat menghadapi..
ini baru ujian dunia, bayangkan jika diri ini menjadi insan terakhir yang menghadapi perbicaraan di hadapan Allah..di hadapan jutaan manusia yang memandangnya..adakah amalanku cukup banyak agar ku tak bisa menanggung malu yang maha hebat di hadapan Allah?…
“Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati ini pada landasan agamaMU..”
Wallahua’lam.







Bayangkan, bayangkan, bayangkan,
seorang demi seorang sudah dihisab oleh Tuhan, ayah kita, emak kita, saudara kita, kawan-kawan kita, semuanya sudah dihisab dan semuanya sudah lepas masuk ke syurga.
Sedangkan, kita masih termangu-mangu, “bila lagi Tuhan hisab aku?”
Sedangkan matahari terik sejengkal atas ubun-ubun, manusia sesak bertindih-tindan, air peluh sudah mahu masuk ke hidung.
Oh, bayangkan!
Selamat maju jaya, Afiq!
Jangan bayang dan fikirkan alam akhirat kerana alamnya tanpa matahari bulan dan bintang. Terima kaseh dan selamat maju jaya.