Feeds:
Posts
Comments

Bismillahirrahmanirrahim

Sifat manusia ingin menyayangi serta disayangi. Itulah naluri fitrah yang dikurniakan Allah. Sudah menjadi lumrah, sesuatu yang fitrah boleh bertukar menjadi fitnah andai tiada pengawasan dan penjagaan yang sempurna berdasarkan apa yang dilandaskan oleh Pencipta segala fitrah.

Andai fitrah menjadi fitnah, maka secara tidak langsung perbuatan itu sudah tidak lagi menjadi suatu ibadah lantaran Tuhan tidak lagi dijadikan matlamat utama.
Fitrah yang ingin saya highlightkan disini adalah fitrah ‘Persahabatan’. Sahabat/rakan/kenalan/taulan adalah terma gantian yang ditujukan untuk seseorang yang rapat dengan kita. Dengan erti kata lain, susah senang diharungi bersama, tawa sendu dirasai bersama, teman penghibur di kala duka, teman penyuntik semangat di kala derita, serta pelbagai lagi situasi yang menggambarkan kepentingan sesorang sahabat.

Bagaimana konsep fitrah ‘persahabatan’ ini boleh bertukar menjadi fitnah?

Apabila seseorang itu terlalu mengagung-agungkan sahabat yang disukainya sehingga seandainya ada kelemahan pada saudaranya itu tidak mahu menegur dan tetap mengatakan ianya tidak salah,

apabila pemergiannya diratapi seolah-olah tidak dapat menerima takdir yang memisahkan mereka berdua,

apabila diri sanggup berjanji untuk sehidup dan semati walaupun terpaksa mengorbankan tanggungjawab yang menjadi kepentingan sedangkan tiada siapa tahu bila dirinya akan mati,

apabila diri sanggup membenarkan segala yang diungkapkan oleh sahabat kesayangannya sungguhpun apa yang dikatakan tidak benar semata-mata ingin menjaga hati dan perasaan..kononnya menjaga persahabatan..

apabila diri mempergunakan sahabat untuk kepentingan peribadi, seolah-olah sebagai alat permainan yang rendah harga diri..serta bermacam-macam lagi.
Nilai persahabatan tidak terletak semata-mata kepada kedudukan material,pangkat, darjat, mahupun kata-kata indah ‘retorik’ seperti “aku sayang kamu sahabat..” , ” aku cintakan kamu kerana Allah sahabat..”. Tetapi ianya lebih daripada itu.

Ianya datang dari hati yang IKHLAS, berusaha ke arah pelaksanaan dan sejauh mana kita menjadikan ukhuwah itu sebagai pengikat antara kita dengan masyarakat di sekitar, tidak hanya kepada ahli-ahli jemaah sahaja. Dengan erti kata lain, menjadikan diri mudah didampingi dan seterusnya dapat meneruskan kewajipan amar ma’ruf, nahi munkar

Bagaimana kita mengaplikasikan konsep Hablum Min Allah serta Hablum Min An-nas dalam sebuah persahabatan.Yakni tindak-tanduk dan pekerti kita seiring dengan perasaan kasih kepada Allah dalam menghargai insan yang bergelar sahabat.

Mudahkah kita melafazkan kata-kata keramat  ‘kasih’, ’sayang’,'rindu’ dan ‘cinta’? Namun adakah kita benar-benar menghadirkan rasa kasihNya dalam setiap amal perbuatan kita. Sedarlah bahawa perkataan-perkataan ‘keramat’ itu bukanlah sebuah permainan yang begitu murah untuk dilontarkan, tetapi ianya adalah sebuah janji yang perlu ditunaikan.

Besederhanalah dalam persahabatan. Jangan terlampau ‘extreme’ dan ‘excessive’ sehingga wujudnya perasaan ingin mengagung atau memuja.Mahupun terlalu longgar sehingga timbul istilah “Conditional Friendship” – Hubungan yang dibina atas sebab-sebab peribadi, seandainya tidak memenuhi expectation, maka terputuslah hubungan.

Ukhuwah fillah dalam islam bukan seperti yang digambarkan oleh Jack dalam filem Titanic. ‘You jump, I jump..’ ataupun dalam kisah Romeo & Juliet. Sanggup membunuh diri semata-mata kerana ingin bersama orang yang tersayang. Itu bukannya sahabat. Itu kerja gila namanya!

Janganlah semata-mata kerana seseorang, prinsip kita menjadi larut dan cair. Hayatilah sirah baginda junjungan. Lihatlah bagaimana kaum ansar dan muhajirin bersaudara. Konsep persahabatan sebegitu yang perlu diterapkan.

Persahabatan dalam islam semata-mata ingin mengharapkan rahmat Allah. Mereka saling menyayangi dan mendoakan kesejahteraan antara satu sama lain kerana rahmat Allah. Mereka membantu dan menasihati antara satu sama lain kerana rahmat Allah. Mereka bertemu dan berpisah kerana rahmat Allah.

Biarpun jarak memisahkan mereka, namun tiada noktah kasih. Bak kata Ustaz Pahrol Juoi, ‘bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah..’ Mereka redha di atas segala ketentuan, saat gembira dan duka dikongsi bersama. Seorang yang bersahabat semata-mata kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah akan merasa ketenangan dan kemanisan dalam dirinya ketika beribadah. Ini bersesuaian dengan sabda baginda yang mafhumnya berbunyi :

“Tiga perkaram sesiapa yan terdapat ketiga-tiga perkara itu dalam dirinya beliau akan mendapat kemanisan iman: Bahawa Allah dan RasulNya lebih ia kasihi daripada yang lain, bahawa beliau tidak mengasihi seseorang kecuali kerana Allah, bahawa beliau benci kembali kepada kekufuran sebagaimana beliau benci dilontarkan ke dalam neraka”

(riwayat Bukhari)

mukmin trhadap mukmin yang lain ibarat batu bata binaan yang saling memperkukuhkan antara satu sama lain” (riwayat bukhari)

“tidak ada suatupun yang paling berharga yang dimiliki oleh seseorang insan selepas nikmat Islam,selain teman-teman yang soleh..apabila kamu dapati kewujudan kasih-sayangnya..maka peganglah ia dengan sungguh-sungguh” Saidina Umar r.a

“Kasihilah sesuatu yang kau kasihi dengan seadanya, kerana suatu masa mungkin kau akan membencinya pula..Bencilah sesuatu yang kau musuhi dengan seadanya, kerana suatu masa mungkin engkau akan mencintainya pula..” – dipetik dari kitab Al-Adab Al-Mufrad Imam Bukhari.

Ukhuwah fillah akan tetap kekal selamanya sungguhpun kita dipisahkan oleh dua benua yang berbeza, kerana nilai persahabatan tidak terletak pada apa yang dilihat disisi, tetapi terletak pada apa yang tertanam di hati…biarlah waktu menentukan nilai ukhuwah yang terjalin..semoga bertemu akhirnya di taman Firdausi..

Wallahua’lam.

Bismillahirrahmanirrahim.

Four years had passed by..such a wonderful and fondest memories being a  STARian. Insya-Allah, I’m hoping to be back one day to give what i’ve taken in my past..the precious pearls of STAR. Indeed,  what I take is something which I need to return…

STARians side by side.

Dewan Besar

Tingkatan 1S, 2001..cute kan =) Nazirul Syazwan (berdiri kiri sekali) sudah kembali ke rahmatullah tahun lepas..semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman..al-fatihah

Hari Anugerah Cemerlang, SPM 05

Fivers 015

Before Final Paper SPM – EST

Sambutan Jubli Emas STAR 2007 – Batch of 45 (fivers015)

saiza-de-star

Pertandingan Usahawan Muda(PUM) peringkat negeri 2004

top-three-2005

Kamilah high council 2005..huhu =)

Dorm al-farabi time form 2. Prefect dorm~ Nik Kamarul Firdaus a.k.a Maro(STARIAN 982)

batch 45 Yellow House

Sukan tahunan 2003

kem pengawas 2004~ heh, mcm nak jadi engineer je..

Wallahua’lam

Bismillahirrahmanirrahim

“Yea, sponsor aku dah naik elaun! Kayalah aku nanti…paling tinggi plak 2 antara smua “ ujar si A bangga.

” Sponsor aku bagi kerja kat oversea, tak macam korang..kene kerja kat malaysia aje..ape kelas”, kata si B sambil tersenyum simpul.

“Aku pergi oversea nanti nak kumpul duit, beli kereta, melancong kat Paris, bla..bla…bla..”, betah si C sambil menekan-nekan kalkulator.

http://1.bp.blogspot.com/_c2Qb3I6U_hY/RxtHv8BYnSI/AAAAAAAAASE/0HA4nsJq36w/s400/knowledge.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Serta bermacam2 lagi dialog yang sering timbul daripada mulut pelajar2 ‘tajaan’ yang terlalu ghairah akibat daripada durian runtuh yang diberikan oleh pihak penaja kepada mereka.

Belajar berorientasikan duit?

Tidak salah untuk bergembira atas berita baik yang diterima. Namun perlulah dijaga niat dan perilaku. Lebih-lebih lagi niat utama kita belajar. Antara sedar atau tidak, suasana ‘ingin sentiasa senang’ dan ‘mudah’ dek kerana terlalu dimanjakan pihak penaja dan selalu ‘demand’ seolah-olah telah menjadikan kita kurang menghargai ilmu.

Matlamat kini lebih tertumpu kepada materialistik berbanding Rabbani. Lihatlah para ulama dahulu sanggup tinggalkan kekayaan semata-mata kerana dahagakan ilmu. Mereka lebih biasa hidup dalam kemiskinan, penderitaan, dan kesulitan hidup yang menghimpit. Namun mereka melaluinya dengan penuh kesabaran. Dalam penderitaan yang menghimpit itulah mereka mengais ilmu dan hikmah. Dalam kesulitan hidup itulah mereka menulis karya-karya yang besar dan bemanfaat kepada sekalian alam.

http://www.ccreservoirs.com/images/KS14591.jpg

Imam Malik, demi membiayai pengajiannya menuntut ilmu, beliau sanggup mencabut bumbung atap rumahnya lalu menjualnya. Beliau sanggup kesejukan, dan kepanasan semata-mata kerana dahagakan ilmu.

Imam Bukhari misalnya, sehingga terpaksa menjual semua barang keperluannya semata-mata kerana ilmu. Sehingga pakaiannya pun terpaksa dijual. Mujurlah Imam Al-Asyqar tampil untuk membantu beliau dengan memberikan sumbangan beberapa dirham untuk membeli pakaian. Lalu Imam Bukhari meneruskan penulisan hadith beliau dan menjadi salah seorang perawi hadith yang tersohor.

Imam Abu Hatim misalnya, dek kerana kemiskinan beliau tidak mampu untuk membeli sumbu pelita. Beliau sanggup belajar dengan bertemankan lampu-lampu jalan dimalam yang sejuk dan gelap.

Imam Abu Hanifah setelah dibebaskan daripada penjara, menolak ganjaran 100 000 dirham yang diberikan khalifah sebaliknya menginfaqkan seluruhnya kepada golongan-golongan miskin. Bagi mereka, dalam menuntut ilmu, keredhaan Allah itu lebih berharga daripada seluruh isi dunia. Ilmu yang bermanfaat, bakal menjadi pelindung diri di alam barzakh.

Bukankah itu semua adalah sejarah yang benar2 nyata. Bukannya cerita fiksyen yang mengada-ngada. Lihatlah sejarah ulama-ulama besar yang lalu,jika hendak dibandingkan dengan dunia kita sekarang yang serba canggih dari segi kemudahan dan prasarana, kita sangat beruntung.

123

Seharusnya nikmat keuntungan itu dijadikan pemangkin untuk kita lebih mencintai dan menghargai ilmu. Seandainya dengan nikmat biasiswa yang diberikan sekarang pun kita masih mengeluh, maka amat jauhlah perbezaan kita dalam menghargai ilmu jika hendak dibandingkan dengan para ulama terdahulu.

Semakin banyak nikmat yang kita terima, semakin banyak tanggungjawab yang kita galas, dan semakin banyak amanah yang akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak.

Kepada para pelajar yang menerima bantuan kewangan bagi melanjutkan pelajaran samada diperingkat apa sekalipun, ingatlah bahawa kita sebenarnya memikul tanggungjawab yang sangat berat dan besar. Duit tajaan itu bukan milik kita sepenuhnya, tetapi milik rakyat yang turut mengharapkan sesuatu yang bermanfaat daripada kita.

Syukurilah nikmat itu dengan sebaiknya. Belajar rajin-rajin,bersungguh2, dan jadilah insan yang berbakti. Jangan bersikap bangga diri atas nikmat pemberian tuhan. Seharusnya kita perlu lebih takut dan lebih dekat kepadaNya. Bukannya makin menjauhinya. Adakah cinta kita kepadaNya bermusim seperti buah yang menunggu musim untuk masak?

Ketika musim susah, baru nak ingat Allah..ketika musim senang dan dikurniakan nikmat kemudahan, tak pernah ingat Allah..yang haram dikatakan halal, yang buruk dikatakan baik. Berlagak seolah-olah dunia ini dia yang punya.

Jangan terlalu bangga dengan apa yang kita miliki sehingga membawa kepada sifat ingin menunjuk-nunjuk dan menjatuhkan martabat orang lain.Harta kita semuanya pinjaman. Satu masa kan kembali juga. Apakah relevannya membanggakan diri dikhayalak ranai? Inginkan diri dipuja dan dipuji? Disanjung hingga melangit tinggi? Ikutlah resmi padi, makin tunduk makin berisi, makin rendah diri dan berbakti, peliharalah harga diri.

Ya, kita perlu takut dan harap. Takut seandainya kita menzalimi nikmat yang diberikan, takut seandainya Allah menarik kembali nikmat yang diberikan, takut sandainya kita gagal menjawab pertanyaan Allah di hari akhirat kelak.

Harap agar Allah berikan panduan untuk kita gunakan nikmat itu sebaiknya. Harap agar kita jauh dari sifat riya’dan takabbur.

Ingatlah, bukan apa yang kita rancang itu akan berjaya. Allah penentu segalanya. Kita merancang, Allah juga merancang, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Sekiranya kita bersyukur, maka Allah akan melipat gandakan nikmat pemberianNya..tetapi seandainya kita kufur, maka sesungguhnya azab Allah itu amat pedih..

Ilmu itu mutiara, terdampar di lautan bergelora…apakah mudah untuk mendambanya?

“Dan apabila mereka digulung ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru Alah dengan tulus ikhlas beragama kepada-Nya. Tetapi ketika Allah menyelamatkan mereka sampai di daratan, lalu sebahagian daripada mereka tetap menempuh jalan yang lurus. Adapun yang mengingkari ayat-ayat kami adalah PENGKHIANAT yang tidak berterima kasih..” Surah Luqman : 32

Wallahua’lam

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan kondisi yang berada di kemuncak. Peperiksaan akhir semester (summer school) yang semakin hampir..(seminggu sahaja lagi). Maka tumpuan dan prioriti saya pada kali ini haruslah diberikan kepada pengajian. Insya-Allah, blog akan di update sejurus selepas berakhirnya peperiksaan iaitu sehari sebelum saya pulang bercuti di Malaysia..(oh, sangat rindukan kampung halaman..).

Doakan semoga saya diberi kekuatan dan kemudahan.

Maat tawfiq wannajah fil imtihan…

“Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat berjaga-jaga.” [al-Taubah 9: 122]

Wallahua’lam.

Bismillahirrahmanirrahim.

‘Eigenvalues and Eigenvectors’- one of my favourite topics in algebra. Though it sounds new for the first year engineering students, I regard it as something which I am looking forward for since the day I came across that phrase long time ago.

“Peter, why do they use the word ‘Eigen’? It sounds German to me”, one of my colleagues asked in tutorial

The 40 year old inspiring tutor looks very enthusiastic in answering the arising question by his tutees. As usual, the history of maths begin..If feels the same as the good old days with Mr beadsworth, but only the style of presentation differs.

“English Mathematicians used to call this as Latent Value & Latent Vectors, in the early of the eighteen centuries there had been conflicts between English and German Mathematician due to some misunderstanding between Isac newton and Euler in which both of them claimed to be the founder of one of the horrifying mathematical equation. German Mathematician used the word Eigen whcih means ‘BELONGS TO’. To make it simple, in any non invertible matrix, it will  have his own value(lambda) that belongs to particular vectors”

Well, all of us in the class gasp and awe in sudden. Including me.

Peter Brown. Such an inspiring and wonderful tutor. For him, maths is part of his life as the way he teaches us is absolutely entertaining and energizing. Simple words, cracking jokes, instead of teaching I can feel that he is actually coaching us to feel and treat maths the same way as he does.

“You’ll find maths is everywhere around you especially in engineering field. Do you know that in order to compress a file, say a picture, the engineer will associate each and every pixel of the file to a vector and these vectors will be placed in a matrix. By eigenvalue and eigenvector theory, they will use this to compress or expand the file..”

Realistic application?  it really make sense and yet applicable too. There is a theory, as well as PROOF

All in all, for Peter, he regards Maths has his ‘eigen’ life. Over 30 years he devoted himself to explore and study maths to the highest level that he can achieve.

Devotion?

Such a wonderful word which can express thousands of meanings. Depending on who we are, and how we see.

What kind of thing that you devote is your life….is your devotion for temporary? Is it for real? Is it long lasting and gives best result of all?

In Christianity, religion is all about faith and theory. There is no such thing as proof. Same goes to other religions except Islam.

Islam is a way of life. In Islam there is theory and PROOF. That makes Islam differs yet better from other religion. Such complement in which it caters both spiritual and physical quotient.

It is a question which sometimes we have to ponder and yet, do something about it.

I end this entry with a wisdom word from As-Syahid Imam Al-Hassan Al-Banna as a trigger for us:

” Islam hanya akan dapat dirasakan oleh orang yang menegakkan Islam ke dalam dirinya..”

Have we done that…?

11

wallahua’lam.

Bismillahirrahmanirrahim

Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini ? Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah , tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh) . Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini!

Aku tidak mampu untuk kemana-mana tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian telah mati binasa!

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang di aniaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas ?

Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami!

Adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan ?
“Ya Allah, perkuatkan saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan, kasihanilah saudara2 kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambaMu yang beriman?”

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami ? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dah ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri) dan akan mati bersama-sama kami, anak-anak kami, wanita-wanita, orang tua dan pemuda-pemuda!

Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan ! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah. Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai muhahid.

Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukun sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu,kami mengadu kepadaMu,kami mengadu kepadaMu .. lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang-orang yang lemah. Dan engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami ?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan, wanita-wanita yang dijandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan, tanam-tanaman yang dirosakkan.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, b erbagai-bagainya jalan kami, terkebelakangnya kami. Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami.

sumber: http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/

hamas
Ucapan asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin (Bekas pemimpin Hamas)  selepas beliau terselamat daripada percubaan bunuh beliau pada 6 September 2003.Akhirnya beliau gugur syahid pada 22 Mac 2004 selepas dibedil oleh dua buah peluru berpandu ketika beliau pulang dengan kerusi rodanya selepas menunaikan solat subuh di sebuah masjid.

Adakah cukup sekadar kita melakukan demonstrasi, memboikot, dan menderma semata-mata selepas hampir puluhan tahun lamanya kita melihat penindasan demi penindasan ke atas bumi anbia’ ini?

Sesuatu yang lebih daripada itu perlu dilakukan oleh seluruh umat islam. Satu anjakan paradigma yang jauh dari kebiasaan. Satu fenomena yang dahulunya menjadi sejarah keagungan tamadun Islam.

Apakah dia? Tepuk dada, tanya iman..saya tinggalkan persoalan ini untuk kita fikirkan bersama wahai saudaraku sekalian.
“Sejarah adalah bicara Allah buat kita, orang yang melupakan sejarah pasti akan mengulangi kesilapan lalu yang pernah dinukilkan oleh sejarah..”

Wallahua’lam

Bismillahirrahmanirrahim

Perjalanan ini sungguh memenatkan.

Apa tidaknya, makin ke hujung semakin sukar.

Sedangkan beban bertambah.Tanggungjawab semakin sarat.

Tetapi apakah ada pilihan selain meneruskannya?

Hidup selagi hidup.

Jangan mati sebelum mati.

HAKIKAT HIDUP

Sering diri diperingatkan, kalau ada masalah di tengah jalan… teruskan perjalanan.

Apabila yakin tujuan dan matlamat tidak sesat, soal kembali ke pangkal jalan tidak timbul. Ini jalan paling benar, walaupun jalan yang paling sukar. Inilah jalan yang paling singkat, walaupun terasa amat berat.

Hidup tidak boleh dibelenggu jemu dan lesu.

Hari-hari adalah lembaran baru yang perlu dilorek dan diukir dengan keindahan dan keceriaan. Hari-hari adalah peluang untuk mencipta yang lebih baik. Nafas dan aliran darah adalah modal untuk ibadah.

Susah dan payah adalah baja yang membina kematangan jatuh bangun diri menuju Allah. Sabar dan syukur adalah pelita hidup yang meliuk lentuk dipukul badai kehidupan.

Tidak gusar bersendirian. Tidak tersasar ketika kesunyian.

Katakan pada diri, ketika kau sepi sendiri, di sisimu sentiasa ada PEMERHATI.

afq1

Dalam sekolah kehidupan, sentiasa ada pelajaran yang ditempuhi. Sesetengah ilmu tidak boleh diajar, tetapi boleh dipelajari. Tidak ada guru tertentu, tetapi hakikatnya diri adalah pelajar sepanjang waktu.

Jika datang topeng kepura-puraan, itulah guru yang mengajar erti berhati-hati. Jika mampir bejana kejujuran, kau teguklah ilmu keikhlasan.

“Hidup tidak boleh dibelenggu jemu dan lesu. Hari-hari adalah lembaran baru yang perlu dilorek dan diukir dengan keindahan dan keceriaan. Hari-hari adalah peluang untuk mencipta yang lebih baik.”

“Dalam sekolah kehidupan, sentiasa ada pelajaran yang ditempuhi. Sesetengah ilmu tidak boleh diajar, tetapi boleh dipelajari. Tidak ada guru tertentu, tetapi hakikatnya diri adalah pelajar sepanjang waktu.

Jangan berubah pendirian, walau beralih pendekatan. Jadilah wajah yang satu di hadapan yang SATU.

Jadilah dirimu sendiri… insya-Allah kau akan sentiasa menjadi juara.

Tetapi jika kau berlakon, kau bertukar menjadi klon yang kedua, ketiga dan seterusnya. Jangan bermuka-muka hanya untuk menempa nama.

Jangan berdiri di bawah teduh bayang-bayang orang lain hanya untuk digelar berjasa.

NIKMATI HIDUP

Bertatih dengan kaki sendiri adalah lebih mulia berbanding bersayap emas milik orang lain.

Jadilah raja dalam kerajaan diri yang menghirup udara kebebasan dengan kemerdekaan sejati. Mendongak tidak bongkak, mengalah tidak kalah.

Tidak ada istilah kalah, cuma kemenangan yang ditangguhkan. Lupakan keperitan masa lampau setelah diperah segala pengajaran dan iktibar.

Kegagalan masa lalu adalah yuran kejayaan masa kini. Menyesal itu bebal, kesal itu bekal.

Hiduplah seperti orang yang bersedia untuk mati. Insya-Allah, nanti kau akan terus hidup walaupun sesudah mati.

Justeru, banyak yang kau buat akan terus hidup selepas mati. Ingatkan diri selalu, bahawa hidup di dunia ini sangat penting kerana adanya Hari Akhirat.

Sesungguhnya hidup sebelum mati adalah bekal untuk hidup selepas mati.

Katakanlah pada diri, hidup bukan sekali.

Jadi hiduplah selagi hidup…

kerana hidup ini hakikatnya untuk HIDUP!

Pak Hassan

Wallahua’lam

Bismillahirrahmanirrahim

logo7

Lama juga memikirkan hendak menulis berkisarkan tajuk ini. Setelah beberapa kali didesak dan di’request’ oleh rakan-rakan, akhirnya saya gagahkan juga jari jemari ini untuk melakarkan lukisan silam.

Coretan sebuah kenangan yang sukar untuk dilupakan, setiap kali memori itu terlintas difikiran sudah pasti bibir ini terukir dengan kuntuman senyuman.

Senyuman yang menyingkap sejuta khazanah kerahsiaan, menyimpan seribu satu perasaan. Pahit, mahupun manis perjuangan. Baik sebelum, semasa, atau selepas peristiwa yang menjadi titik permulaan, memahami nikmat pemberian untuk membina kehidupan.

Program Khidmat Masyarakat Bakti Kenyalang 2007 anjuran MUSCOM KYUEM, akan saya coretkan kenangan itu dengan sebaiknya dalam mengingati program yang sudah setahun lamanya menjadi lakaran sejarah, namun kesannya sangat mendalam khususnya buat saya selaku pihak penganjur.

Masih teringat, diawal bulan April, beberapa hari sejurus selepas perlantikan selaku ahli majlis tertinggi Musolla Community(MUSCOM) sessi 2007/2008. Bertempat di surau As-Saad, kami mengadakan mesyuarat sesama Ahli Majlis Tertinggi MUSCOM bagi membincangkan gerak kerja MUSCOM yang akan datang.

Kedatangan Ustaz Maliki selaku guru penasihat ke surau pada malam itu mencetuskan sebuah anjakan paradigma.

Afiq, macam mana dengan cadangan ana dahulu untuk MUSCOM buat program khidmat masyarakat, rasa-rasa antum semua boleh handle tak?”, soal Ustaz Malikie

“Hurm, ana rasa Insya-Allah kami tiada masalah Ustaz kalau kita buat dekat-dekat, cadangan Ustaz nak buat kat mana?”, jawapku sambil mengharapkan Ustaz memberikan cadangan mana-mana negeri di semenanjung Malaysia sebagai lokasi.

“Apa kata kalau kita buat di SARAWAK, jauh sikit. Lagipun banyak benda yang antum boleh sumbang dan belajar kat sana..asyik semenanjung je, dah banyak dah orang buat..”, balas Ustaz ringkas.

“SARAWAK?, hurm..ok ustaz, nanti ana usulkan kepada mereka, beri kami masa untuk syura ye ustaz..”, ujarku terpinga-pinga.

Mesyuarat pada malam itu beralih agenda untuk mencapai kata putus bagi projek khidmat masyarakat dengan Sarawak menjadi topik perbincangan hangat.

Lebih hangat dari sambal tumis ikan bilis Dining Hall KYUEM pada setiap pagi Ahad.

Masih teringat wajah-wajah Ahli Majlis Tertinggi yang berkerut-kerut, Iqtidar, Yahya, Mu’adz, Amalina, Wan, serta Atiqah..termasuk saya. Masing-masing berfikir dan berbahas membentangkan hujah bagi mencari kata putus pada malam itu juga.

Akhirnya, kata putus telah disepakati setelah bermesyuarat selama sejam. Timbang tara telah diperincikan dan diambil kira oleh semua pihak.

“Baik ustaz, kami semua setuju!”, balasku kepada Ustaz selaku Pengarah Program yang baru dilantik.

Maka kesibukan dan keseronokan pun bermula…

2-7 Disember 2007 menjadi tarikh pilihan.

Mesyuarat bersama 20 orang AJK MUSCOM, sekaligus merangkap jawatankuasa penganjur, ditambah dengan dua orang AJK jemputan diadakan sebulan setelah keputusan dibuat oleh ahli majlis tertinggi MUSCOM bagi memberi keutamaan kepada peperiksaan AS-Level. Masih terbayang wajah rakan-rakan seperjuangan yang sukar untuk percaya berkenaan dengan keputusan itu.

Bolehke kita buat nie?

Uish, Sarawak..jauhnye Afiq, kenapa tak buat dekat2 aje?

Sempatke kita nak handle program tu, exam lagi, study lagi…

Entahlah Afiq, aku sami’na wa a’to’na aje, aku yakin kite boleh buat…

Budget macam mana, cukup ke duit kita nanti?

Itu antara reaksi pertama yang kami terima. Setelah melalui proses penjelasan dan perincian, keyakinan dan iltizam mula terbina di dalam jiwa masing-masing. Berbekalkan ayat surah muhammad ayat 7, kita mula mengorak langkah.

“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

Surah Muhammad:7

Mesyuarat pertama pada petang itu berkenaan pembahagian tugas. Setiap seorang daripada kita diberikan 2 amanah yang berasingan. Amanah pertama selaku ketua bahagian bagi pengurusan projek secara umum manakala amanah kedua selaku ketua pengarah bagi setiap sub aktiviti yang dirancang sepanjang program.

muscom-1

Sebagai contoh, jawatan saya yang pertama selaku Pengarah Projek Bakti Kenyalang secara keseluruhan, manakala jawatan saya yang kedua pula selaku pengarah program lawatan ke rumah panjang. Lawatan ke rumah panjang merupakan salah satu daripada aktiviti kami.

Kita memaksa diri untuk melakukan DUA tugas serentak pada setiap satu masa. Paksaan yang akhirnya menjadi kelaziman, hasil daripada latihan yang berterusan.

Berpuluh-puluh keping surat ditulis dan dihantar oleh pihak setiausaha bagi memaklumkan kepada pihak-pihak yang tertentu. Saya masih ingat lagi bagaimana saudara Mu’adz dan saudari Wan memberikan saya hampir 50 surat sehari untuk ditandatangani.

Ratusan ringgit kredit telefon bimbit telah kita gunakan bagi menghubungi pihak berkuasa tempatan,orang-orang kenamaan, pihak hospital, pihak sekolah, dan sebagainya. Tidak jemu-jemu kita bekerja dari pagi hingga ke malam bersengkang mata, menabur bakti dan keringat.

Begitu juga dengan bahagian-bahagian yang lain. Baik dari segi teknikal, multimedia, publisiti, penajaan, logistic,pengangkutan, dan sebagainya.

Kita berkejar-kejaran ke sana dan ke sini. Tidak kira panas atau hujan, semuanya kita tempuh dengan sabar dan cekal. Sungguhpun kadang kala rasa ingin mengalah, namun setiap kali perasaan itu hadir, suntikan kekuatan daripada ustaz, ustazah, super senior, dan rakan-rakan menghilangkan resah di hati.

Hampir 5 bulan lamanya kita bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran projek yang bakal menjelma. Mesyuarat demi mesyuarat diadakan hampir setiap hari. Setiap kali bermesyuarat, sudah pasti dibahagikan kepada DUA sessi. Sessi pertama bagi perbincangan bab penganjuran, serta sessi kedua bagi perbincangan bab sub aktiviti.

Mesyuarat yang pastinya hangat, panas, dan menjadi medan untuk kita berbincang dalam mencari jalan penyelesaian. Walaupun kadang-kadang bercanggah pendapat, namun semuanya kita lalui dengan penuh keterbukaan.

Buat rakan-rakan seperjuangan sekalian, masihkah kalian ingat, kita pernah bermesyuarat hampir selama 10 JAM lamanya pada satu hari tersebut?

Bermula selepas zohor sehingga ke asar, dan seterusnya sambung sehingga ke maghrib. Seterusnya kita sambung kembali selepas Isyak, sehingga ke jam 12 tengah malam. NON-STOP. Semuanya kerana niat dan matlamat yang satu.

Matlamat kita dalam dakwah, tarbiyah, semangat juang yang tidak pernah luntur!

Bacaan doa rabitah yang menjadi kelaziman setelah selesai mesyuarat menjadi sumber kekuatan dan keutuhan kita bersama sehingga ke akhirnya.

Dan akhirnya, Alhamdulillah!! Program itu berjaya kita realisasikan. Bermula daripada tulisan di atas sekeping kertas. Nyata Allah telah memudahkan urusan kita dalam menjayakannya setelah berhempas pulas bersusah-payah selama beberapa bulan, ditambah dengan tanggungjawab selaku seorang pelajar dan peperiksaan AS level dipertengahan.

Menguruskan peserta seramai 90 orang bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi apabila melibatkan pengurusan pengangkutan,kebajikan, dan logistik.

Sudah pastinya melakukan ‘multi-tasking’ merupakan satu tugasan yang mencabar dan mungkin dianggap baru bagi sesetengah orang. Namun berkat rahmat dan petunjuk dariNya, kita berjaya melakukan biarpun acap kali badai datang melanda.

Tiada langsung masalah kewangan, tiada langsung masalah teknikal. Para peserta hanya perlu membayar duit tiket kapal terbang sahaja. Malah mereka mendapat baju Bakti Kenyalang secara PERCUMA daripada pihak penganjur.

Sambutan penduduk kampung yang cukup mesra dan ramah. Hanya deraian air mata menjadi bukti kemesraan yang terjalin disaat hari perpisahan. Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang bersifat ‘memberi’ telah kita kongsikan bersama.

Rakan-rakan seperjuangan serta para peserta sekalian, kita telah membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil untuk dilakukan dengan izin Allah. Yang penting, perlu ada niat yang baik, perancangan yang rapi dan tersusun. Perlu ada keyakinan yang teguh terhadap janji Allah buat mereka yang berjuang di jalanNya.

*rujuk artikel saya yang lalu bertajuk AKHIRNYA AKU MENULIS KEMBALI

Mungkin terlalu panjang untuk saya mengulas setiap perincian aktiviti yang telahpun dilakukan bersama. Biarlah gambar-gambar kenangan ini berbicara. Cukuplah sekadar ingin berkongsi kegembiraan dan kesyukuran yang tak terhingga atas apa yang telah berlaku meskipun sudah hampir setahun ia berlalu.

Sungguhpun hampir setahun Bakti Kenyalang berlalu, marilah kita mengambil ibrah dan hikmah daripada penglibatan kita dalam program tersebut. Janganlah dibiarkan ianya berlalu hanyut sekadar sebuah ‘program’ semata-mata tanpa memberikan apa-apa kesan dalam kehidupan.

Jutaan terima kasih buat Ustaz Malikie serta Ustazah Husna yang menjadi guru penasihat, Cikgu Amran, Cikgu Aizan yang menjadi guru pengiring, warga penduduk kampong Sepauh, Betong, Sarawak, serta para peserta sekalian yang turut sama memberikan sokongan tidak berbelah bagi.

Ucapan khas juga ditujukan khusus buat rakan-rakan seperjuanganku yang menjadi ahli jawatankuasa penganjur. Kenangan manis bersama kalian dalam merancang dan menjayakan program ini pastinya tidak akan dilupakan.

Ucapan khusus buat Yahya, Mu’adz, Iqtidar, Huzaifah, Zaim, Azri YB, Firdaus S, Anas, Hisham, Khairul, Amalina, Wan, Afiqah, Atiqah, Ainol, Salbiah, Aminah, Alia, Nadiah, Husna serta Hamizah.


dsc04397

Semoga Allah memberkati usaha kita semua.

Sekadar coretan ringkas berintikan kenangan,

Muhammad Afiq bin Kamaruddin

Pengarah Program Bakti Kenyalang MUSCOM 2007

2 Januari 2009

6.00 a.m

Sydney,Australia

Bismillahirrahmanirrahim

Cuti dua minggu bersempena dengan sambutan Krismas dan Tahun Baru sudah pastinya dipenuhi dengan baik. Pada kali ini, saya mengambil kesempatan untuk melawat “Newcastle”, di selatan New South Wales. Jangan ingat di UK sahaja ada Newcastle, di Australia pun juga ada.

Perjalanan yang mengambil masa selama 3 jam dengan menaiki kereta api. Sangat lama, namun berbaloi kerana sepanjang perjalanan dihiasi dengan pemandangan-pemandangan indah suasana desa. Hutan-hutan yang menghijau, gunung-ganang yang gah serta lautan yang membiru.

Jauh berbeza dari kesibukan Sydney yang sememangnya kota metropolitan.

Melarikan diri dari kesibukan kota,ke arah suasana desa yang nyaman dan permai.

Newcastle tidaklah sebesar dan sesibuk Sydney. Bandarnya terletak di muara sungai

Newcastle mempunyai tiga kawasan utama, Stockton,Carrington serta Mainland. Semuanya dipisahkan oleh dua batang sungai.Stockton terletak di seberang yang dipisahkan oleh Hunter River manakala Carrington pula dipisahkan oleh Throsby Creek. Mengikut sejarah, Stockton atau nama asalnya The Pirate’s Point merupakan tempat persinggahan lanun-lanun terkemuka dunia sewaktu kurun ke 18 dan 19. Kini, Stockton lebih mirip kepada kawasan perumahan ekslusif dan persendirian kerana kedudukannya yang terletak bersebelahan pesisir pantai.

Untuk ke Stockton, kami terpaksa menaiki feri yang mengenakan cas AUD$ 2.10.

Harga makanan di Newcastle agak murah berbanding Sydney, mungkin kerana kedudukan serta taraf hidup masyarakat disini. Suasana disini agak tenang dan nyaman dengan kelibat ramai kaki pancing.

Apa yang menarik tentang Newcastle adalah keindahan pantainya. Subhanallah, sukar hendak digambarkan betapa panjang, luas, bersih, dan cantiknya pantai di sini. Lebih cantik daripada pantai-pantai yang pernah saya pergi di Sydney.

Berbanding dengan Port Dickson, cantik lagi Nobby’s beach, Newcastle.

Sistem penjagaan kawasan pantai disini sangat sistematik. Pantai dibahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian yang tertentu khusus untuk anjing dan kucing bermain2 di persisir pantai, kemudian kawasan untuk keluarga bermandi-manda, dan bahagian yang mana dikhususkan untuk nature preservation

Suasana pantai yang tenang dan nyaman, bertemankan hembusan bayu yang mendamaikan pastinya memukau pengunjung.

SEJARAH NEWCASTLE

Mengikut kepercayaan masyarakat aboriginal Australia (masyarakat pertama yang menetap di Australia), nama asal Newcastle sebelum kedatangan British ke kepulauan ini ialah Muloobinba. Di sebut Mu-lu-bin-ba

Mu-lu-bin = Edible sea fern

ba = place of

Whibay-gamba pula ialah nama asal Nobby’s Harbour, pelabuhan yang menjadi daya tarikan utama ke Newcastle.

Mengikut kepercayaan puak aboriginal australia, dikatakan suatu masa dahulu terdapat seekor kangaroo raksasa yang menetap dan bersembunyi di kawasan ini. Kadang kala, kangaroo raksasa ini akan menggoyangkan ekornya, maka terjadilah gegaran gempa bumi di sesetengah kawasan yang berhampiran Nobby’s Harbour.

Seorang pelayar bernama Reverand Lancelot Threlkeld didakwa pernah bertemu dengan kangaroo raksasa ini pada tahun 1800.

Versi yang lain pula menyatakan bahawa kangaroo raksasa ini pernah mengingkari arahan puak wallaby (wallaby clan). Maka, raja wallaby menjadi murka lalu memerintahkan askar2 ‘wallabies’nya untuk mengejar si kangaroo raksasa ini. Di pendekkan cerita, kangaroo raksasa terjatuh ke dalam laut lalu berenang menyembunyikan diri di Whibay-gamba a.k.a Nobby’s Harbour.

Begitulah kisah penglipur lara yang diceritakan oleh masyarakat emas di Newcastle kepada generasi-generasi muda. Sangat unik bukan? Benar ataupun tidak? Wallahua’lam…

p/s: Wallaby sangat kecil saiznya jika hendak dibandingkan dengan kangaroo.

Berikut merupakan beberapa gambar yang dapat saya kongsikan bersama. Insya-Allah, seandainya berkelapangan akan saya kongsikan lagi gambar-gambar yang lain berkenaan Newcastle.

cloud

hill

line

ncwr

river

stock

townall

bea

park

hunter

path11

pitt

train

Wallahua’lam

« Newer Posts - Older Posts »