Bismillahirrahmanirrahim
37 Perkara yang saya akan rindu setelah meningalkan kyuem :
- Musolla As-Saad – Surau yang paling cantik dan tenang di lembah beringin. Sumber ketenangan dan inspirasi. Tempat ukhuwah mula-mula berputik.
- Teachers – Terima kasih cikgu atas segala tunjuk ajar. Maaf salah silap. Semoga ilmu yang kami terima mendapat keberkatannya. Ameen..
- MUSCOM – Pernah menjadi Presiden kelab dakwah ini. Suka duka dirasa bersama, kadang2 selalu juga bercanggah pendapat dengan muslimat, kemudian baik semula. Lumrah sebuah kehidupan berorganisasi.
- Meeting MUSCOM – ada yang kata best, ada yang kata bosan,tempat menentukan keputusan..time meeting tak boleh main-main.
- Gossip liar – apa sahaja isu yang timbul, mudah tersebar luas. Tak kira siapa. Adakalanya ada elemen tambahan. Adakalanya isu tersebut tidak benar. Lidah manusia lembut tidak bertulang
- Bakti Kenyalang – projek mega muscom berbentuk khidmat masyarakat. Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Menjadi Project Manager. Kos perbelanjaan : RM 60 000! Sedih sebab Mua’dz, Amalina dan Husna tak dapat join sekali.
- Jadi Imam – Seronok jadi imam. Mula-mula masuk, rasa diri tak layak jadi imam sebab ramai yang hebat-hebat. Rasa inferior. Tapi lama-lama, rasa seronok pula. Maaf ye sebab selalu baca surah panjang. Tapi diri ini still rasa tak layak
- Dining Hall – Tempat memuaskan nafsu makan. Berhenti sebelum kenyang, makan sebelum lapar. Ingat pesan nabi. Dulu ada peraturan, tak boleh pakai short dan tak boleh pakai kain pelikat waktu subuh. Sekarang, peraturan hanya tinggal peraturan.
- Burger Abang Hafiz – Kewajipan harian. Maximum, 2 biji burger ayam/daging sehari
- Teh Tarik Banyak Buih Kurang Manis Café – Suka minum waktu petang
- Kafe – tempat bersembang2 kosong selepas exam, tengok tv, n tengok ‘aktiviti’ ummat
- 3.30 ptang 10.00 pagi n 10.00 malam. – jaga-jaga, si gagah yang ‘Tuff’ pasti datang menjemput!
- Silat Cekak Hanafi – Dapat jadi pembantu jurulatih. Malangnya, kaki injured semasa berlatih silat untuk Nostalgic Night Performance. Lutut dislocate
- Physics block 6 – kerajaan Mr Idrus. Dibantu oleh perdana menteri ‘on time’ Apen
- Chemistry block 5 – Chemi’Shree’…kelas yang sangat sempoi dan happening
- Maths block 1 – Mari belajar the History of Maths!
- IELTS block 3 – Mama Foord. Jangan lewat 1 minit, nanti kene lecture 15 minit.
- Kucing, Kumbang, dan Siput – Haiwan yang mendominasi kyuem dan menjadi daya tarikan pelajar. Khususnya muslimat.
- MPH – Ping pong, badminton, silat cekak, gym…sihat badan
- RC – tempat update blog, tempat study last minute, tempat perbincangan isu negara
- Lawak Kering – Biasa terjadi bila keadaan benar-benar tertekan.
- Exam mode – Time nie kafe jadi sunyi, pasangan couple susah nak cari.
- Chalet P-07 – Chalet yang menyimpan 1001 kenangan bersama chaletmate
- Bilik P-07-D – Bilik orang bujang Shah Alam…
- Aircond Chalet – Aircond dwi fungsi. Sekejap jadi aircond, sekejap jadi heater. Baru tukar last semester, tak sampai sebulan rosak balik..Hasil siasatan Mechanical dan Chemical Engineers beserta Biotechnologists p-07. Cecair Freon sudah kering!
- Internet Connection Chalet – Internet selalu ada, tapi connection tak selalu ada!.
- Tongkat Matron – Terpaksa pinjam crouch / tongkat Matron selama 1 bulan gara-gara kecederaan ligamen yang agak serius.
- Tutorial Group – Macam biasa, sebulan sekali…=)
- Solat asar – Biasanya akan ada interval yang lama selepas iqamat sebab ramai yang takut nak jadi imam. Tolak menolak akan berlaku..alasan sebab tak bersedia nak bagi tazkirah lepas asar.
- Tazkirah Subuh dan Asar – Medium penyampaian ilmu. Tempat luahan perasaan serta tempat mendengar kisah-kisah hikayat
- DOE Trial Bronze – Kejadian Air Pasang yang hampir meragut nyawa saya dan beberapa orang rakan. Syukur pada Tuhan sebab terselamat.
- Padang bola – sekejap hijau, sekejap kuning, sekejap berbelang-belang.
- Bangsawan 07 – Pengalaman menari tarian jawa dengan syuib. Serik dah. Lepas nie tak nak menari lagi sampai bila-bila!
- Bangsawan 08 – Jadi Make Up artist untuk lelaki walaupun tak pandai nak guna make up. Main tonyoh aje. At least dapat sumbangkan sesuatu dan kurangkan maksiat.
- Brisk Walking dngan muiz, hypo, n kerul – aktiviti harian dikala stress dan tertekan
- Kuliah lepas maghrib – Guru-guru kat KYUEM ini hebat-hebat orangnya . Bersyukur dapat masuk KYUEM. Pengisian rohani yang mantap daripada guru-guru. Thanks Ustaz Malikie, Mr Zaidi, Mr Khairullah, Mr.Mahadzir!
- Beloved seniors…. what else that can I say about you guys, you guys have sprayed my life with silver linings in the midst of dark clouds. Thanks for the wonderful friendship.. Ukhwah remains in Doa. Tautlah ukhwah sekencang dakwah. Insyaallah!
Leave a comment