Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, sejuta kesyukuran dipanjatkan kepadaNya atas segala nikmat dan kurniaan. Terkadang diri ini agak leka dan lalai, namun disitu hadirNya petunjuk dariNya, seandainya kita sentiasa Mencari dan Mengharap…
Hari ini, bermulalah hari pertamaku bagi “Kembara Aussie”. Kereta mercedes Rahman meluncur laju menghantarku ke lapangan terbang. Berlepas dari Sydney Kingsford Smith Domestic Airport menaiki Jet Star pada pukul 5.10 petang, terus menuju ke Avalon Airport, Melbourne. Perjalanan yang mengambil masa hampir 1 jam 30 minit, Subhanallah..ditemani dengan suasana yang cukup indah dan cerah, sang suria memancarkan sinarnya..dihiasi litupan awan yang bercorak..itulah pemandangan yang dilihat dari tingkap Airbus A320. Alangkah cantik dan hebatnya ciptaan Allah.
Setibanya di Avalon, perasaan pertama saya setelah menjejakkan kaki di bumi victoria itu :
“Eh, ada juga ye lapangan terbang di tengah-tengah ladang dan tanah terbiar ini..”
Kedudukan geografi Avalon Airport yang agak terpencil, kecil, dan unik menjadikan saya tidak sabar untuk menyelongkar khazanah, rahsia yang terkandung di Melbourne. Alhamdulillah, Ustaz Hasnizul beserta isterinya, Kak Fillah..Zaim dan Fathiah menjemputku tepat jam 6.40 petang dengan menaiki kereta.
Sepanjang perjalanan, kami tidak habis-habis berbual. Dari kisah-kisah Sydney dan Melbourne, sehinggalah kepada kisah-kisah lalu di KYUEM. Subhanallah, perbualan yang menghadirkan rasa kasih sayang dalam perjuangan dakwah.
Beg pakaian dan laptop untuk seminggu!
Nie la flight yang sy naik..=)
Bersama warden Malaysian Hall melbourne..=)
Saat ukhuwah mula berputik..biarpun jauh dipisahkan antara dua negeri..
Suasana bilik tetamu Malaysia Hall Melbourne
Setelah selesai bersolat maghrib di rumah sala seorang pelajar post graduate Melbourne, kami menuju ke sebuah restoran Turki bagi menikmati makan malam. Ustaz Hasnizul selaku ketua rombongan memilih 3 set Shish Kebab beserta nasi, ditambah dengan 2 mangkup lental soup yang sangat sedap. Alhamdulillah, kenyang kami dibuatnya. Saya dan Zaim merupakan orang yang terakhir menghabiskan makanan..well, slowly but surely..tak gitu?..=)
Seusai makan, kereta mazda milik fathiah meluncur laju menuju ke Malaysia Hall Melbourne, destinasi yang bakal menjadi tempat penginapanku buat 3 hari berikutnya sebelum bermalam di teratak Zaim dan Nurman buat 4 hari seterusnya. Sepanjang perjalanan, sempat menikmati keindahan sebahagian daripada bandar melbourne. Masih terlalu awal untuk membuat perbandingan dengan Sydney.Namun, dek kerana keletihan dan kekenyangan, tidak sempat untuk menikmati keindahan malam itu sepenuhnya.
Esok, insyaallah sahabat2 Melbourne akan membawa saya ke Botanic Garden untuk berjogging, seterusnya menghadiri rumah terbuka Kak Rafiqah dan beberapa orang kenalan baru di Melbourne. Ya Allah, semoga percutian ini memberikanku satu pengalaman yang bermakna dan sukar untuk dilupakan..InsyaAllah..
Dah pukul 1.15 pagi saat saya habis menaip post ini. Penat pula rasanya..Insyaallah, semoga bertemu esok hari semua..amiin..=)
Dan katakanlah, “Segala puji bagi Allah, dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan.” (QS. An-Naml: 93)
Wallahua’lam
wah, panjangnya rambut ko. hehe.
btw, ko ade x pic muscom tym award’s day?
yg skali ngan ustaz tu?
klu ade, tolong la emailkan.
Afiq ada nombor saya. Sementara takde paper lagi, cepat booking time. Boleh belanja aiskrim inshaAllah.
haha, boleh aje awin..belanja makan aiskrim yang besar2 punye ye..