Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Diari peribadi’ Category

Bismillahirrahmanirrahim.

Hampir sebulan berlalu sejak bermulanya musim peperiksaan di University of New South Wales.

Jarak hari yang agak jauh antara satu paper ke paper yang lain membuatkanku ternanti-nanti ketibaanya.

Sungguh penantian itu satu penyeksaan, namun andai penantian itu diisi dengan bermanfaat, pastinya akan membuahkan hasil yang melegakan.

Engineering Mathematics, Thermodynamics, Alhamdulillah..kesemuanya sudah berjaya dilalui dengan sebaiknya. Hanya tinggal satu exam sahaja lagi – Dynamics pada hari Jumaat ini sebelum aku merasai nikmat cuti semester musim sejuk..(takut sebenarnya nak jalan-jalan memandangkan swine flu yang bersifat “pandemic”).

Satu sahaja lagi..

Semoga dicekalkan hati ini ya Allah..dilimpahkan hikmah dan dipermudahkan urusan..

Menjadi orang terakhir yang menduduki exam memang memberikan tekanan dikala rakan2 sudah selesai dengan ujian yang menggerunkan..pastinya terjejas sedikit konsentrasi andai hati ini tidak kuat menghadapi..

ini baru ujian dunia, bayangkan jika diri ini menjadi insan terakhir yang menghadapi perbicaraan di hadapan Allah..di hadapan jutaan manusia yang memandangnya..adakah amalanku cukup banyak agar ku tak bisa menanggung malu yang maha hebat di hadapan Allah?…

“Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati ini pada landasan agamaMU..”

Wallahua’lam.

Read Full Post »

Bismillahirrahmanirrahim.

“Dengarlah, hati bicara…bermula kenangan indah..”, ringtone lagu Sahabat nyanyian Hanafee zin menganggu tumpuanku yang sedang menelaah tajuk “Refrigeration Cycle” usai sarapan pagi tadi. Ada panggilan daripada si dia..

“Nombor macam familiar..”, hati kecil berbisik.

“Hello?”

“Hello Muhammad, how are you doing today. I’m Con from Ray White Kingsford, regarding the house at eastern avenue, are you still interested in it?”, telo Australianya jelas kedengaran. Berkerut-kerut dahiku cuba memahami setiap butir perkataan.

“Well, yeah sure. I’m really interested in the house. Sorry I haven’t submit the application form since there are still some documents that I need to prepare beforehand”. Jawabku tenang, sambil membelek-belek borang permohonan yang masih “bersih”.

“It’s okay mate, just fill in the form and bring any documents that you have at this state. I’m looking forward to speak to you then.” Balas si agen, cuba untuk memujukku agar segera menghantar borang permohonan.

“Alright, no worries..I’ll submit the form tomorrow as soon as possible.”, balasku sambil cuba memikirkan apa tindakanku selepas ini.

“Thanks mate, cheers..”. ringkas jawapanya yang terus mengakhiri perbualan kami.

Terukir senyum kepuasan dan kesyukuran dibibirku. Alhamdulillah. Entah kenapa hatiku gembira berbunga-bunga. Persis bunga-bunga tulip mekar di tanah subur canberra semasa menjengahnya musim bunga..Allah~

Lamunan terhenti seketika apablia memikirkan dokumen-dokumen penting yang perlu disiapkan segera. Aduh, banyakla pula kerja nak kena buat..ditambah lagi dengan jadual akademik & kuliah yang sangat sarat. Design Report & Proposal, Exam, Lab dan sebagainya. Menyesal pula rasanya kerana terus membuat keputusan melulu tadi.

“Aku harus cepat, peluang nampaknya sudah tersedia..perlu pantas bertindak”, ngomelku sendirian.

Maka, aku memasukkan diri ke dalam satu “mode” yang menjadi kegemaran..”multi-tasking mode.

Allah, semoga dipermudahkan urusan hamba-MU ini. Aku mengharapkan hanya yang terbaik untuk perjuangan kehidupanku. Mudah-mudahan selepas ini, mudah untuk aku berdakwah dan memberi dengan kasih sayang, insya-Allah.

Innallahyuhibbu ahadukum ila a’mila a’malan an yutqinahu

Sesungguhnya Allah suka terhadap hambanya yang melakukan sesuatu usaha dengan tekun (terancang & bersungguh-sungguh) – Maksud Hadith

Rumah oh rumah, dimana engkau rumah?

Wallahua’lam.

Read Full Post »

Bismillahirrahmanirrahim.

Setelah hampir setahun ber”kelana” di bumi Australia, akhirnya dikuatkan kembali “semangat” sang kelana untuk menulis.

Mungkin selama ini, sang kelana sibuk memikirkan persiapan untuk “menjadi”, sehingga terabai seketika pada “memberi”.

“Kita bermula dimana kita berada” – seperti mana kisah Khalid Al-Walid yang ditaklifkan menjadi ketua turus angkatan perang sejurus selepas beliau kembali Islam.

Bukanlah ayat itu menafikan tanggungjawab untuk mempersiapkan diri terlebih dahulu sebelum menyampaikan, tetapi sebaliknya merupakan satu bentuk motivasi.

Bagi memahami konsep kehidupan sebagai medan untuk memberi atas landasan kasih sayang sesama insan. Paksinya, menyempurnakan iman..mendamba rahmat dari Ilahi.

Bukankah rasulullah pernah berpesan:

“Tidak sempurna iman seorang kamu selagimana kamu tidak mengasihi saudaramu sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri”

“Menjadi” dan “Mencari”, keduanya bergerak seiring..tiada yang terdahulu, tiada yang terkecuali. Mungkin kerana itu, dahulunya saya berhenti lantaran terlalu memikirkan pada “menjadi”, sebelum bersedia untuk “memberi”.

Semoga usaha ini kembali istiqamah setelah dipertemukan kembali laluan untukku bermula.

InsyaAllah.

“hatiku mekar di musim luruh..”

Wallahua’lam.

Read Full Post »

Langkah Tercipta

Bismillahirrahmanirrahim

Putaran roda kehidupan.Silih berganti meniti puncak. Pasang surut perjuangan, itulah lumrah kehidupan.Kesepian ketika berjuang, sedih lantaran kegagalan,sayu kerana ditinggalkan, begitulah lemahnya fitrah seorang insan. Mendambakan hadirnya kekuatan, hati yang lara ingin dipujuk oleh bicara dari Tuhan…

Pernah hatiku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
impian yang seringku harapkan menjadi kenyataan
namun adakalanya tak kesampaian,

Allah…
Pernah inginku hentikan langkah ini
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
semangat yang tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengelamun jiwa
ku berbisik inikah dugaan

Akhirnya kan mataku kini terbuka
pada hikmah dugaan uji keimanan
tak dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
pimpini diriku,
agar bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
cekalkan hati dan semangatku
kurniakan ketabahan
agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

“Aku pernah ditakdirkan berjuang sendirian untuk sekalian lamanya. Sehingga minda dan jiwa ini menyatakan bahawa aku akan terus sendirian untuk selama-lamanya.Tawa tangis ku hanya Tuhan saja yang tahu. Menyeberangi lautan yang tak bertepi dan dihempas badai bagai tiada belas kasihan. Namun kehadiranmu di dalam bahtera perjuangan bagaikan meringankan galas beban yang tersangkut di bahu selama ini. Dengan takdirnya kita telah bergerak dan terus mara ke arah destinasi yang kita impikan dengan segala kepayahan, bersama. Dan kini, jerih perihnya mula terasa. Kita harus terus bersama untuk mengejar mimpi yang masih belum direalisasi. Nun, jauh di sana ada tangan yang tergapai memohon simpati, dan sedia menanti… ”

Wallahua’lam

Read Full Post »

Bismillahirrahmanirrahim.

Four years had passed by..such a wonderful and fondest memories being a  STARian. Insya-Allah, I’m hoping to be back one day to give what i’ve taken in my past..the precious pearls of STAR. Indeed,  what I take is something which I need to return…

STARians side by side.

Dewan Besar

Tingkatan 1S, 2001..cute kan =) Nazirul Syazwan (berdiri kiri sekali) sudah kembali ke rahmatullah tahun lepas..semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman..al-fatihah

Hari Anugerah Cemerlang, SPM 05

Fivers 015

Before Final Paper SPM – EST

Sambutan Jubli Emas STAR 2007 – Batch of 45 (fivers015)

saiza-de-star

Pertandingan Usahawan Muda(PUM) peringkat negeri 2004

top-three-2005

Kamilah high council 2005..huhu =)

Dorm al-farabi time form 2. Prefect dorm~ Nik Kamarul Firdaus a.k.a Maro(STARIAN 982)

batch 45 Yellow House

Sukan tahunan 2003

kem pengawas 2004~ heh, mcm nak jadi engineer je..

Wallahua’lam

Read Full Post »

Ilmu itu mutiara

Bismillahirrahmanirrahim

“Yea, sponsor aku dah naik elaun! Kayalah aku nanti…paling tinggi plak 2 antara smua “ ujar si A bangga.

” Sponsor aku bagi kerja kat oversea, tak macam korang..kene kerja kat malaysia aje..ape kelas”, kata si B sambil tersenyum simpul.

“Aku pergi oversea nanti nak kumpul duit, beli kereta, melancong kat Paris, bla..bla…bla..”, betah si C sambil menekan-nekan kalkulator.

http://1.bp.blogspot.com/_c2Qb3I6U_hY/RxtHv8BYnSI/AAAAAAAAASE/0HA4nsJq36w/s400/knowledge.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Serta bermacam2 lagi dialog yang sering timbul daripada mulut pelajar2 ‘tajaan’ yang terlalu ghairah akibat daripada durian runtuh yang diberikan oleh pihak penaja kepada mereka.

Belajar berorientasikan duit?

Tidak salah untuk bergembira atas berita baik yang diterima. Namun perlulah dijaga niat dan perilaku. Lebih-lebih lagi niat utama kita belajar. Antara sedar atau tidak, suasana ‘ingin sentiasa senang’ dan ‘mudah’ dek kerana terlalu dimanjakan pihak penaja dan selalu ‘demand’ seolah-olah telah menjadikan kita kurang menghargai ilmu.

Matlamat kini lebih tertumpu kepada materialistik berbanding Rabbani. Lihatlah para ulama dahulu sanggup tinggalkan kekayaan semata-mata kerana dahagakan ilmu. Mereka lebih biasa hidup dalam kemiskinan, penderitaan, dan kesulitan hidup yang menghimpit. Namun mereka melaluinya dengan penuh kesabaran. Dalam penderitaan yang menghimpit itulah mereka mengais ilmu dan hikmah. Dalam kesulitan hidup itulah mereka menulis karya-karya yang besar dan bemanfaat kepada sekalian alam.

https://i2.wp.com/www.ccreservoirs.com/images/KS14591.jpg

Imam Malik, demi membiayai pengajiannya menuntut ilmu, beliau sanggup mencabut bumbung atap rumahnya lalu menjualnya. Beliau sanggup kesejukan, dan kepanasan semata-mata kerana dahagakan ilmu.

Imam Bukhari misalnya, sehingga terpaksa menjual semua barang keperluannya semata-mata kerana ilmu. Sehingga pakaiannya pun terpaksa dijual. Mujurlah Imam Al-Asyqar tampil untuk membantu beliau dengan memberikan sumbangan beberapa dirham untuk membeli pakaian. Lalu Imam Bukhari meneruskan penulisan hadith beliau dan menjadi salah seorang perawi hadith yang tersohor.

Imam Abu Hatim misalnya, dek kerana kemiskinan beliau tidak mampu untuk membeli sumbu pelita. Beliau sanggup belajar dengan bertemankan lampu-lampu jalan dimalam yang sejuk dan gelap.

Imam Abu Hanifah setelah dibebaskan daripada penjara, menolak ganjaran 100 000 dirham yang diberikan khalifah sebaliknya menginfaqkan seluruhnya kepada golongan-golongan miskin. Bagi mereka, dalam menuntut ilmu, keredhaan Allah itu lebih berharga daripada seluruh isi dunia. Ilmu yang bermanfaat, bakal menjadi pelindung diri di alam barzakh.

Bukankah itu semua adalah sejarah yang benar2 nyata. Bukannya cerita fiksyen yang mengada-ngada. Lihatlah sejarah ulama-ulama besar yang lalu,jika hendak dibandingkan dengan dunia kita sekarang yang serba canggih dari segi kemudahan dan prasarana, kita sangat beruntung.

123

Seharusnya nikmat keuntungan itu dijadikan pemangkin untuk kita lebih mencintai dan menghargai ilmu. Seandainya dengan nikmat biasiswa yang diberikan sekarang pun kita masih mengeluh, maka amat jauhlah perbezaan kita dalam menghargai ilmu jika hendak dibandingkan dengan para ulama terdahulu.

Semakin banyak nikmat yang kita terima, semakin banyak tanggungjawab yang kita galas, dan semakin banyak amanah yang akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak.

Kepada para pelajar yang menerima bantuan kewangan bagi melanjutkan pelajaran samada diperingkat apa sekalipun, ingatlah bahawa kita sebenarnya memikul tanggungjawab yang sangat berat dan besar. Duit tajaan itu bukan milik kita sepenuhnya, tetapi milik rakyat yang turut mengharapkan sesuatu yang bermanfaat daripada kita.

Syukurilah nikmat itu dengan sebaiknya. Belajar rajin-rajin,bersungguh2, dan jadilah insan yang berbakti. Jangan bersikap bangga diri atas nikmat pemberian tuhan. Seharusnya kita perlu lebih takut dan lebih dekat kepadaNya. Bukannya makin menjauhinya. Adakah cinta kita kepadaNya bermusim seperti buah yang menunggu musim untuk masak?

Ketika musim susah, baru nak ingat Allah..ketika musim senang dan dikurniakan nikmat kemudahan, tak pernah ingat Allah..yang haram dikatakan halal, yang buruk dikatakan baik. Berlagak seolah-olah dunia ini dia yang punya.

Jangan terlalu bangga dengan apa yang kita miliki sehingga membawa kepada sifat ingin menunjuk-nunjuk dan menjatuhkan martabat orang lain.Harta kita semuanya pinjaman. Satu masa kan kembali juga. Apakah relevannya membanggakan diri dikhayalak ranai? Inginkan diri dipuja dan dipuji? Disanjung hingga melangit tinggi? Ikutlah resmi padi, makin tunduk makin berisi, makin rendah diri dan berbakti, peliharalah harga diri.

Ya, kita perlu takut dan harap. Takut seandainya kita menzalimi nikmat yang diberikan, takut seandainya Allah menarik kembali nikmat yang diberikan, takut sandainya kita gagal menjawab pertanyaan Allah di hari akhirat kelak.

Harap agar Allah berikan panduan untuk kita gunakan nikmat itu sebaiknya. Harap agar kita jauh dari sifat riya’dan takabbur.

Ingatlah, bukan apa yang kita rancang itu akan berjaya. Allah penentu segalanya. Kita merancang, Allah juga merancang, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Sekiranya kita bersyukur, maka Allah akan melipat gandakan nikmat pemberianNya..tetapi seandainya kita kufur, maka sesungguhnya azab Allah itu amat pedih..

Ilmu itu mutiara, terdampar di lautan bergelora…apakah mudah untuk mendambanya?

“Dan apabila mereka digulung ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru Alah dengan tulus ikhlas beragama kepada-Nya. Tetapi ketika Allah menyelamatkan mereka sampai di daratan, lalu sebahagian daripada mereka tetap menempuh jalan yang lurus. Adapun yang mengingkari ayat-ayat kami adalah PENGKHIANAT yang tidak berterima kasih..” Surah Luqman : 32

Wallahua’lam

Read Full Post »

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan kondisi yang berada di kemuncak. Peperiksaan akhir semester (summer school) yang semakin hampir..(seminggu sahaja lagi). Maka tumpuan dan prioriti saya pada kali ini haruslah diberikan kepada pengajian. Insya-Allah, blog akan di update sejurus selepas berakhirnya peperiksaan iaitu sehari sebelum saya pulang bercuti di Malaysia..(oh, sangat rindukan kampung halaman..).

Doakan semoga saya diberi kekuatan dan kemudahan.

Maat tawfiq wannajah fil imtihan…

“Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat berjaga-jaga.” [al-Taubah 9: 122]

Wallahua’lam.

Read Full Post »

Older Posts »