Bismillahirrahmanirrahim.
Sudah hampir sebulan lamanya blog ini tidak di kemas kini. Alasan? Bermacam-macam alasan. Penuh kepelbagaian, penuh dengan warna warni. Baik dari sekecil-kecil alasan, sehinggalah ke sebesar-besar alasan.
Sibuk dengan urusan lain, kekangan masa, malas – mungkin itulah antara alasan yang boleh saya utarakan. Mungkin juga kerana saya tidak ingin menjadi seorang penulis blog yang ‘tegar’, hanya sekadar ‘suka-suka’. Maka, suka-suka sayalah bila saya hendak mengemas kini blog ini.
Namun, apa yang saya pelajari sepanjang proses sebulan ‘hibernasi’ saya dalam arena ini menunjukkan yang sebaliknya.
Forum Bicara Ad-Din merungkai persoalan yang bermain difikiran.
“Kebenaran tanpa perancangan akan mudah dikalahkan oleh kebatilan yang terancang”
Begitulah kata-kata yang diungkapkan oleh Ustaz Rujhan. Beliau memetik kata-kata tersebut daripada Saidina Ali dalam sesi Forum Bicara Ad-Din terbitan radio Islam IKIM.FM setiap hari sabtu jam 9.00 malam.
Perancangan manusia merupakan satu sunnatullah. Hukum Alam yang ditetapkan oleh Allah ke atas sekalian manusia di muka bumi. Baik bagi mereka yang beriman, mahupun tidak. Perancangan yang teliti dan rapi menjadi penentu kejayaan di hari muka.
Bunga yang subur, perlukan proses penjagaan yang baik. Benih dan tanah yang berkualiti. Cahaya matahari, baja dan air yang cukup. Untuk mendapatkan sepohon bunga yang subur, tidak boleh dengan hanya memberikan baja zikir, siraman doa, bacaan al-quran yang berterusan tanpa melaksanakan hukum alam yang telahpun ditetapkan oleh Allah. Begitulah sunnatullah menetapkannya.
Sunnatullah dan Syariatullah bergerak seiring, barulah hasilnya kejayaan dan keberkatan.
Cemerlang di dunia, gemilang di akhirat, menjadi terbilang disisi Allah, Insya-Allah.
Analogi mudah keberkatan, mengikut hukum Matematik, satu campur satu menjadi dua, namun keberkatan itu, satu campur satu menjadi lebih dari dua. Malah boleh bertambah menjadi beratus-ratus, beribu-ribu hasilnya.
Keberkatan merupakan bonus yang diberikan Allah buat hambaNya yang ikhlas.
Begitulah Allah menjanjikan bagi mereka yang sentiasa mencari keberkatan dalam setiap amalan kehidupan.
Lantaran ‘hijab’ yang dikurniakan Allah kepada manusia dalam melihat kepada perkara-perkara yang bersifat Sami’yat, maka seringkali manusia terlepas pandang akan perkara ini.
Sekiranya diperlihatkan Allah azab kubur, azab neraka, wajah-wajah bengis Malaikat Zabaniah, maka sudah tentu kemaksiatan dan kekufuran sekaligus mencecah angka sifar.
Inilah sebenarnya ujian. Ujian dalam menentukan tahap keimanan dan keyakinan kita dipangkat mana. Adakah berada di grade A, B, C, mahupun di grade U (ungraded)
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubah nasib mereka sendiri”
(Surah ar-raa’d:11)
Begitu juga dalam proses tarbiyah dan pembinaan diri. Perlu kepada perancangan, perlu kepada tanzim sekiranya kita melihat dari sudut organisasi dakwah ataupun jemaah islam. Perancangan yang rapi itu perlu, bagi melahirkan sifat pro-aktif, dan kritis. Perancangan yang rapi membuatkan kita lebih bersedia terhadap serangan musuh di medan perang.
Bagi mereka yang menjadikan blog sebagai medium penyampaian dakwah, perancangan serta persiapan yang tersusun dan terancang adalah perlu. Supaya kita tidak mudah dikalahkan oleh kebatilan yang terancang.
Apakah kebatilan yang terancang itu? Sekiranya kita bertarung dengan diri sendiri, sudah tentulah hasutan iblis dan syaitan laknatullah. Mereka meniupkan sifat malas, mereka menghamparkan permaidani acuh tidak acuh, mereka menyanyikan siulan keputus asaan, agar kita mudah terlupa, lalai dan leka dalam apa yang dahulunya pernah kita komited untuk lakukan.
“Allah swt sangat suka akan hambaNya yang apabila membuat sesuatu kebaikan, dia akan membuatnya dengan tekun dan bersungguh-sungguh” – Mafhum hadith
Gerak kerja kerajaan syaitan dan iblis dalam menyesatkan manusia sangat tersusun. Menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri syaitan sangat komited dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan portfolio mereka.
Syaitan tidak pernah kenal erti putus asa. Syaitan tidak pernah cuti walaupun cuti pekerja. Syaitan sentiasa berusaha sepanjang masa untuk terus menyesatkan manusia melalui bisikan, hasutan, dan sebagainya.
Itu janji syaitan kepada Allah.
“Ia (syaitan) berkata, ‘Ya Tuhanku, Kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan hal-hal di muka bumi terlihat baik bagi mereka (manusia) dan aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka’.”
(Surah al-Hijr: 39-40).
Oleh itu, bagi mereka yang berjuang di medan dakwah khususnya para penuntut ilmu, rancanglah kehidupan anda dengan sebaik-baiknya. Perlunya mempunyai paradigma begin with the end in mind. Bagi yang masih baru atau samar-samar dengan ungkapan ini, bolehlah merujuk kepada artikel-artikel Ustaz Hasrizal di http://www.saifulislam.com
Saya pernah tewas dengan kebatilan yang terancang ini lantaran kurangnya perancangan yang jelas terhadap jalan dakwah yang saya pilih.
Biarlah sejarah yang lalu menjadi pengajaran. Sesungguhnya sejarah adalah bicara Allah buat kita. Moga pertambahan amalan dan iman seiring dengan pertambahan usia bersempena dengan Maal Hijrah kali ini.
Hijrah menuntut pengorbanan, hijrah menuntut keyakinan, kerana hijrah itu peralihan.
Hijrah bukan sekadar manis di bibir. Ianya perlu lahir daripada kesedaran, ianya perlu kepada kefahaman, dan kefahaman itu hanya akan hadir seandainya kita ikhlas dalam mencari.
Pepatah Arab, “sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya” merujuk kepada semua pihak dan golongan. Tidak hanya ditujukan kepada golongan-golongan mahupun kabilah-kabilah tertentu sahaja.
Kelebihan kita selaku umat Islam, sunnatullah dan syariatullah.
Kejayaan dalam melaksanakan sesuatu urusan yang terancang, menghadirkan keberkatan dalam beribadah, melahirkan kemanisan iman dalam beramal, menjadi saksi untuk diri, sebagai manifestasi pengorbanan di jalan Tuhan, tika kita diperhitungkan di alam mahsyar, saat penentu kebahagian yang berkekalan, mahupun penyesalan yang tiada berkesudahan.
Semoga kita sentiasa diberikan kekuatan dan kesungguhan dalam beramal.
Wallahua’lam.
salam,
afiq, ko ade lagu orang muda?lagu lama2.
klu ade,share la.request ni. =)
cantik gambar bro. pandai ko edit
Wsalam Yahya
Lagu lama2? lagu mcm mane yek? lagu kmpulan lame2 ye? adeje dlam playlist aku..boleh2, takde hal =)
Thanks Rohul, baru blaja sket2..
keberkatan tu formulanya bukan setakat satu campur satu, ada derivation panjang berjela kat belakang, tu yg nampak mcm satu jadi beratus-ratus.. hahaha..
sama mcm orang kata rukun Islam 5-1 = 0. mesti ada calculation kat blkg, imaginary/complex numbers..
cuba tanya rohul, bab kira2 ni mmg terer (^_^) [teringat kejadian di ladang.. jgn marae]
apa pun, ada lagi kat blkg tu, mesti ada punya.. kena cari betul2 ni…
Salam Kepala Beruban, memikirkan dunia yang kompleks ini…
haha, aku rase aku dah faham maksud tu..untuk menjadi beratus2, perlu kene buat extra calculation(x kisah la imaginary ke complex ke)..kene gune partial differentiation, dll..baru bende yang satu akan menjadi beratus2 hasilnya…sbb, x mungkin ada jawapan sebelum ada jalan kira..so, marilah kita upgrade jalan kira kehidupan kita utk mdpat jawapan yg mantop2!…(^_^)
aduish, fikir dunia sampai kepala beruban syeikh? usah risau, guna syampoo anti-grey hair..=)
[…] *rujuk artikel saya yang lalu bertajuk akhirnya aku menulis kembali. […]